Apa Khabar semua..pada yang beragama Islam,.Assalammualaikum w,b,t..
Lauk putih kali nie nak kongsi sejarah pasal Kota Kinabalu tentang Hari malaysia ni lah sikit..yang Lauk putih tau ja lah..Kota Kinabalu sekarang ni terkenal dengan nama " K.K"..tambahan pulak skrg nie dah ada lagu untuk KK nie..Lagu : MACAM DI K.K yang di popularkan oleh Artis Sabah Jenrywine J Lusin, siapa xkenal kan..hehe
Ok..tapi bukan tu yang lauk putih nak ulaskan dalam entri kali ni..
Berbalik kepada tajuk kita iaitu sejarah Kota Kinabalu,.Sebelum tu..kita imbas kembali lah sikit sejarah penubuhan Malaysia kan..Hari Malaysia diadakan ataupun disambut adalah bertujuan untuk memperingati hari Penubuhan Malaysia pada 16 September Tahun 1963.Pada masa tu ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Sepatutnya perancangan ini berlaku Pada 01 Jun 1963, pada waktu itu Hari kemerdekaan disambut tahun yang Ke-6 merdeka. Tapi ditangguh kepada 31 Ogos 1963 atas sebab mahu disambut bersama Hari Merdeka, walaubagaimanapun berlaku isu bantahan daripada dua negara iaitu Indonesia dan Filipin menyebabkan perisytiharan Hari Malaysia ditangguhkan kepada 16 September pada Tahun yang sama.Penangguhan tersebut juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai masa bagi mendapatkan pungutan suara di Borneo Utara ( Kini sabah ) dan Sarawak..
Sejarah sabah.
Pada Tahun 1881 Sabah diambil alih oeleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British ( British North Borneo Chartered Company ) dan seterusnya menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1881.Tapi pada masa itu semua hal ehwal negeri masih diselaraskan oleh syarikat.Pemerintahan syarikat tamat pada tahun 1941 dab menjadi tanah jajahan Borneo utara sehinggalah penyertaan sabah serta sarawak dan singapura menyertai Malaysia.Pada ketika itu Ibu negeri sabah ialah Kota Kinabalu yang mana dikenali ketika itu sebagai Jesselton.
Asal-usul nama Sabah.
Asal-usul nama sabah pula dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang mana nama pisang tersebut diguna-pakai sehingga ke hari ini " Pisang Saba ".Buah pisang itu juga biasa dipanggil " Sabbah " atau " Sappah " oleh msayarakat bajau yang sangat suka buat pisang goreng. Pisang ini juga banyak ditanam sepanjang pantai barat sabah sebagai sumber makanan. Nama lain juga dikenali dengan nama " Jaba ". Kemungkinan sekarang ini ada juga yang memanggil pisang menurun.
Asal Kota Kinabalu ialah Jesselton dan Api-Api.
Sebelum abadke-16..pada masa tu sabah memang tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan pemerintahan di Sabah mempunyai tiga sistem iaitu sistem Politik Kesukuan, Sitem Politik Kesultanan dan sistem Politik Ketua Bebas.
Tempat Bersejarah berkenaan Penubuhan Malaysia.
![]() |
Dewan Masyarakat Kota Kinabalu |
Dewan Masyrakat Kota Kinabalu merupakan tempat bersejarah berlakunya :
1. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia telah mengadakan siri mensyuaratnya pada tahun 1961 selepas mesyuarat pertamanya yang diadakan di Bangunan Jesselton pada 24 Ogos 1961. Mesyuarat tersebut melibatkan wakil-wakil daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara ( Sabah ), Singapura, Sarawak dan juga Brunei. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi bagi membincangkan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka pada 31 Ogos 1957 dan ingin menuju satu gagasan bernama Malaysia.
2. Suruhanjaya Cobold mendengar pandangan rakyat sabah terhadap cadangan penubuhan serta penyertaan Negeri sabah dalam Persekutuan Malaysia.Ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold tersebut dalah terdiri daripada Sir Lord Cobold, selaku Ketua, Sir David Watherson, Sir Anthony Abell, Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie dan Dato Wong Pow Nee.
3. Di Dewan Masyarakat inilah pembebasan Negeri Sabah daripada Jajahan British telah diumumkan oleh Sir william Goode ( Gabenor terakhir Borneo Utara ).
4. Tuan Donald A.Stephen ( Tuan haji Mohd. Fuad Stephen ) telah mengumkan perisytiharan Kerajaan sendiri di Sabah pada 31 Ogos 1963. Maka, dengan secara rasminya nama sabah ditukar daripada Negeri Borneo Utara kepada Sabah.
![]() |
Catatan Sejarah yang terdapat di dalam Dewan Masyrakat Kota Kinabalu |
Tambahan lagi, xlama lagi mau sambut Hari Malaysia kan,.so, bersesuaian lah juga kan entri ni.
Kalau ada yang kurang maaflah ya.hehe yang penting ada untuk dikongsi kan..
Yang penting,sebagai salah seorang penduduk Negeri sabah Dibawah Bayu ini.Lauk putih berbangga dengan kemajuan yang dikecapi sekarang ini. Dengan kemajuan yang ada ini diharap semua Rakyat Sabah boleh membezakan apa itu Kebebasan dalam Keselesaan.
Terima Kasih Malaysia..
Apa-apa pun terima kasih sudi membaca..hehe
"SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA"
"Janji Ditepati"
Wassalam...
Labuh!!
No comments:
Post a Comment