"SATU NAMA, BERBAGAI RUPA, BERBAGAI WARNA"

Sunday, 30 November 2014

PENDAPATAN RM900 SEHARI!!! DAFTAR PERCUMA...TANPA MODAL..!!


INCOME RM900 sehari.. FREE REGISTER..


tiada apa-apa bayaran dikenakan.. (kalau anda rasa program ini menipu, anda tidak rugi apa-apa pun, anda tak perlu keluarkan modal pun kan??..) 

tak perlu cari orang, tak perlu jual barang.. syarat kelayakan anda ada FACEBOOK WHATSSAP, WECHAT dan tahu guna komputer sikit-sikit termasuk laman sosial yang lain.. 

CARANYA : 

anda perlu open link dibawah dan register.. anda terus dapat USD25x3.4 = RM 85.00.. lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ini.. paste ke FB, twitter dan sebagainya.. 

*setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10x 3.4 = RM 34.00.. MUDAH kan..?? anda boleh pilih samada duit masuk ke Akaun bank anda atau cek dipos ke alamat rumah anda.. 


Register PERCUMA, sila isi kat sini tak salah kan kalau anda mencuba






SENANGNYA DAPAT DUIT TANPA MODAL..CUBALAH..!


Thursday, 14 August 2014

MH17: Data Awal Kotak Hitam

Tragedi MH17 memang mengejutkan semua rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ini merupakan tragedi kedua dalam tahun 2014.
Sungguh memilukan hati apabila MH370 yang masih belum ada khabar berita hingga ke hari ini yang mana telah menimbulkan banyak persoalan seperti :
"Jika terhempas, dimana bingkainya?"
"Jika hilang, dimana hilangnya?"
"Jika dirampas? siapa pelakunya?"
banyak spekulasi timbul dan banyak pendapat yang kita baca dan dengar, walaubagaimanapun tetap tidak memberikan jawapan yang sebenarnya.
Belum selesai menahan kesedihan tentang MH370, kita dikejutkan lagi dengan Tragedi MH17 yang ditembak jatuh dan terhempas, yang mana telah meragut nyawa seramai 298 penumpang termasuk anak kapal (MAS Airlines).
Takziah buat keluarga mangsa (Al-Fatihah bagi yang beragama Islam).

Berikut saya ambil artikel dari myMetro.com berkenaan kotak hitam MH17:

Kiev (Ukraine): Data daripada kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine terdapat maklumat letupan berpunca daripada serangan roket yang mengakibatkan nahas pesawat penumpang itu, kata pegawai keselamatan Ukraine, semalam.
Jurucakap Majlis Keselamatan Ukraine, Andriy Lysenko berkata, penyiasat antarabangsa mendapati data perakam penerbangan menunjukkan punca bagi kemusnahan pesawat itu akibat daripada penyahmampatan letupan roket yang besar.
Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Russia yang mengawal lokasi nahas MH17.


Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaru dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka ‘sedang menunggu gambaran lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku’.

Foto
KOTAK hitam pesawat MH17. FOTO Reuters


Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. – AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/29

KERANI BANK DITAHAN!

Assalammualaikum,. 

Merdeka! Merdeka! Merdeka!..

Ui..semangat nak sambut Hari Kebangsaan ni..hehe

Entri hari ini, nak kongsi berita..

Jom baca :

Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga pekerja sebuah bank ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 daripada empat akaun milik penumpang Penerbangan Malaysia MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek ditahan di satu lokasi di Ampang jam 4 petang semalam. 
“Suspek berusia 33 tahun ditahan jam 4 petang ini (semalam) di Ampang untuk membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 daripada empat akaun mangsa MH370. 


“Dia yang bertugas sebagai kerani bank berkenaan disyaki terbabit dalam meluluskan proses pembaharuan kad pengeluaran wang automatik (ATM) akaun milik salah seorang mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.Katanya, sebelum ini, wanita berkenaan diarahkan bercuti oleh pihak bank bagi membolehkan siasatan berhubung kehilangan wang itu dilakukan.



Sumber : myMetro.com
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15****kena bagi cuti bersebab pulak ye,..apa-apa pun perkara ni patut kita jadikan iktibar dan pengajaran supaya kita dapat bekerja dengan jujur serta amanah,.tanggung amanah setelah diberi kepercayaan, jangan mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain,.saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan anda semua semua perkara tersebut dapat kita elakkan demi melancarkan dan memajukan apa yang kita kerjakan dengan lebih sempurn.dalam erti kata lain "tidak menyusahkan orang lain"#PRAYFORMH370Salam..Labuhh!!..

Tuesday, 12 August 2014

Mayat bogel di puncak bukit

Lagi berita :

Georgetown: Seorang lelaki warga Bangladesh yang diculik kemudian dijerut hingga maut sebelum mayatnya dalam keadaan bogel ditinggalkan di puncak Bukit Gambir di sini, jam 1.30 petang semalam.
Lebih menyedihkan ketika ditemui mayat mangsa ditinggalkan di celah himpunan daun, manakala mukanya hanya ditutup menggunakan sehelai baju dipercayai miliknya.

Terdahulu rakan senegara mangsa menaruh harapan mangsa masih hidup selepas diculik dan mereka turut membantu pihak polis mengesan lelaki berkenaan, namun mereka kelihatan sebak selepas dimaklumkan penemuan mayat itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 2 petang kelmarin, membabitkan kes penculikan dua lelaki warga Bangladesh.

Beliau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Hossin Md Alahi, 39, menerima panggilan daripada suspek yang kononnya ingin mendapatkan perkhidmatan untuk membuat kabinet dapur.

“Mangsa ditemani seorang lagi rakannya yang juga warga Bangladesh kemudian ke sebuah hotel di Bukit Jambul untuk bertemu dengan suspek, sebelum mereka dibawa ke sebuah rumah flat berhampiran.
Foto
ANGGOTA bomba dan polis mengusung mayat mangsa di Bukit Gambir, Pulau Pinang.
“Sejurus tiba di kawasan itu, mangsa didatangi sekumpulan lelaki dipercayai warga Myanmar yang mengaku sebagai anggota polis. Suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan dokumen perjalanan untuk diperiksa sebelum dimaklumkan perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut di Balai Polis Bukit Gambir kerana mengemukakan dokumen didakwa palsu.

“Kedua-dua mangsa diikat dan mata ditutup dan dibawa ke Bukit Gambir sebelum dipukul. Suspek kemudian menghubungi seorang rakan lelaki Bangladesh itu bagi meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 sebagai syarat membebaskan kedua-duanya,” katanya.
Mior berkata, kira-kira jam 6 petang hari sama, rakan mangsa berjaya melepaskan diri dengan menggigit ikatan tali pada tangannya tanpa disedari suspek ketika itu tidur.

“Lelaki terbabit berjaya sampai di kaki bukit dan kemudian mendapatkan bantuan beberapa rakannya berada di kawasan itu sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian.

“Susulan laporan diterima, kami melakukan gerakan mengesan mangsa, kemudian terpaksa dihentikan pada 7 malam, ketika itu suspek dipercayai sudah melarikan diri.

“Pemeriksaan dilakukan terhadap mayat mangsa menemui kesan jerut pada leher, manakala pakar Forensik dan Pathologi, Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr Bhupinder Singh mendapati mangsa sudah meninggal dunia kira-kira 24 jam yang lalu,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba bagi membawa mayat mangsa turun dari puncak bukit sejauh tiga kilometer, sebelum dihantar ke HPP untuk di bedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/11****Labuh!!..

Sunday, 10 August 2014

Tonton dulu baru ‘projek’

Artikel ini dikongsi melalui myMetro.com
Jom baca :
Kuala Lumpur: Tonton dan tiru aksi lucah. Itulah idea jijik diperkenalkan empat pusat urutan tradisional di Jalan Rimbunan Raya, Kepong di sini, yang sengaja menyajikan tayangan video kepada pelanggan yang datang untuk mendapatkan khidmat seks.
Pelanggan seolah-olah digalakkan meniru aksi ditonton pada filem pornografi itu sebelum memilih 26 wanita warga Vietnam serta seorang wanita warga Indonesia yang dijadikan pelacur di pusat urut berkenaan.
Difahamkan semua wanita berusia 18 hingga 32 tahun terbabit yang diperdagangkan sindiket pelacuran tempatan dikawal pergerakan mereka sepanjang masa oleh beberapa ahli sindiket.
Malah pasport milik semua mangsa ini disimpan oleh sindiket pelacuran bagi mengelakkan mereka melarikan diri.
Bagaimanapun kegiatan jenayah itu terbongkar selepas sepasukan anggota Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIP) Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) C Bukit Aman melakukan serbuan mengejut di premis itu jam 4.30 petang semalam.
Serbuan serentak itu diketuai Deputi Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff bersama 10 pegawai dan 27 anggota polis.
Kamal berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kegiatan pelacuran di premis itu bertindak melakukan serbuan serentak dan berjaya menyelamatkan semua wanita warga asing terbabit.
Menurutnya, enam penjaga lelaki dan seorang wanita tempatan berusia 23 hingga 40 tahun turut diberkas.
“Hasil pemeriksaan mendapati semua wanita terbabit dipaksa menjadi pelacur dan pasport milik mereka disimpan oleh ahli sindiket.

“Risikan mendapati pelanggan membayar RM140 hingga RM200 untuk mendapatkan khidmat seks selain disajikan tayangan filem lucah,” katanya.
Menurutnya, polis turut merampas kondom dan wang tunai sebanyak RM500 daripada suspek.
“Semua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12 ATIP,” katanya.
Foto
PENJAGA dan wanita yang dijadikan pelacur ditahan dalam serbuan di Jalan Rimbunan, Kepong.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/15

Budak 9 TAHUN kahwin lagi

Ximhungwe (Afrika Selatan): Sanele Masilela, murid berusia sembilan tahun, menjadi pengantin lelaki paling muda di dunia sekali lagi selepas berkahwin untuk kali kedua dengan wanita berusia 62 tahun minggu lalu.

Mereka pernah berkahwin kali pertama tahun lalu.
Dengan berpakaian tuxedo, Sanele menggengam tangan ibu lima anak, Helen Shabangu, ketika mereka mengulangi ikrar perkahwinan yang dibuat tahun lalu di depan 100 tetamu. Murid sekolah itu berkata, dia mengadakan majlis itu sekali lagi kerana mahu menjadikan perkahwinannya rasmi.

Bagaimanapun, sebahagian penduduk kampung di Ximhungwe, daerah di Mpumalanga, Afrika Selatan, menyifatkannya sebagai ‘meloyakan.’ Majlis itu diadakan di depan suami Helen, Alfred Shabangu, 66, yang turut hadir pada majlis yang diadakan tahun lalu.

Alfred berkata: “Anak saya gembira kerana kami tidak mempunyai masalah dengan isteri saya berkahwin dengan budak itu. Dan saya tidak peduli apa orang lain kata.” Kedua-dua keluarga mendakwa perkahwinan itu hanya satu lagi ritual selepas Sanele kononnya didatangi roh nenek moyang bapanya yang memberitahunya supaya berkahwin tahun lalu.

Ibu bapanya memberi hantaran RM2,500 kepada pengantin perempuan dan RM5,000 lagi untuk mengadakan majlis tahun lalu.Foto
HELEN menyarungkan cincin pada jari Sanele.
Murid berkenaan, anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia mengadakan satu lagi majlis kerana mahukan perkahwinannya dibuat secara rasmi mengikut tradisi masyarakat setempat.


“Saya gembira berkahwin dengan Helen. Tetapi saya tetap akan meneruskan sekolah saya. Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita seusia saya.

“Saya gembira memilih Helen kerana saya cintakannya. Walapun kami tidak sentiasa tinggal bersama, kami sering bertemu di tempat pelupusan sampah, tempat ibu dan dia bekerja,” kata Sanele.


Helen yang mengenakan pakaian serupa yang dipakainya pada majlis tahun lalu berkata: “Saya gembira dipilih oleh Saneie dan keluarga saya menyokong dan memahami apa yang berlaku. Ini hanya untuk membuat nenek moyang kami gembira.


“Tak ada yang lain berlaku.” Ibu Sanele, Patience Masilela, 47, berkata, anaknya gembira dengan majlis tahun lalu dan mahukan majlis itu diadakan sekali lagi. “Dia tidak malu, malah gembira dapat berkahwin dengan Helen. Kami bimbang jika tidak mereka tidak berkahwin, keluarga kami akan ditimpa masalah,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

Diperkosa kekasih baru dikenali


Sumber : Yahoo News

Berita seperti berikut : Layan...

Kuala Terengganu: Terpedaya dengan ayat manis melalui aplikasi WeChat menyebabkan seorang remaja perempuan dirogol bergilir-gilir teman lelaki yang baru dikenali serta tiga lelaki lain di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai di sini, awal Julai lalu. Mangsa berusia 14 tahun dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun sebelum mengatur temu janji.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pada mulanya mangsa tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya.
Mangsa akhirnya membuat laporan selepas dirogol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu. mangsa enggan mangsa keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang sebelum dibawa ke sebuah rumah.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila terdapat tiga lelaki lain sebelum dirogol bergilir-gilir.
Wan Abd Aziz berkata, mangsa dihantar pulang malam hari sama oleh suspek. Suspek kemudian cuba untuk menyentuh mangsa namun mangsa merayu supaya dihantar pulang ke rumah. Mangsa cuba menjerit tetapi suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogol remaja itu,” katanya.
Wan Abd Aziz berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya itu.
Katanya, suspek tanpa rasa bersalah kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam hari sama.
Pada mulanya mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya. Namun mangsa akhirnya datang ke balai polis untuk membuat laporan selepas dirogol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu.
Susulan laporan itu, polis menahan suspek yang kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan.
Selain itu polis turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.
Artikel disiarkan : 11/08/2014
*****
diharap anak-anak gadis diluar sana berhati-hati dalam perkenalan, lebih-lebih lagi di zaman serba canggih sekarang ni jangan terpedaya dengan janji-janji manis di mana-mana laman sosial tu..
alamat tergadai la maruah..ish ish..
So.. laukputih berharap artikel ni dapat memberi pengajaran yang sebaiknya..
thankz..bye.

Labuh..!! 

Thursday, 7 August 2014

Lagi!! Pasal Sukan Bogel :Guru wanita peserta sukan bogel


Sungguh mengejutkan, diketahui bahawa salah seorang peserta Sukan Bogel yang hangat diperkatakan sekarang ini merupakan seorang guru..
Baca sumber berita berikut :
Sumber : myMetro.com

Balik Pulau: Polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang juga peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 bagi membantu siasatan.
Wanita terbabit yang dikenali sebagai Ellen dan bekerja sebagai guru muzik ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Bayan Baru.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, wanita terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Menurutnya, polis juga sudah mengenal pasti penganjur dari Malaysia iaitu Chew Tok Hwa, 57, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

FotoSUSPEK buruan polis.

"Hasil siasatan mendapati wanita itu adalah bekas guru yang mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah swasta di negeri ini.


"Kita sedang menjejaki wanita terbabit dan seorang lagi lelaki iaitu penganjur dari Singapura, Albert Yam," katanya pada sidang media di pejabatnya, sebentar tadi.
*****
Diharap hal ini dapat memberikan pengajaran kepada yang lain..
Wassalam..
Labuh..!!



TERKINI: Polis buru 4 ORANG 'pahlawan keyboard'


Sumber : myMetro.com

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan empat pemilik Facebook dan seorang lelaki di YouTube bagi membantu siasatan membabitkan penghinaan terhadap agama dan sensitiviti perkauman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pemilik Facebook itu adalah Vignamona VM, Kelvin Yap, Persatuan Kongsi Gelap Melayu dan Mohd Adam Asyiq Balasubramaniam. 
Menurutnya, polis turut mencari seorang lelaki Cina yang kelihatan di YouTube sedang menendang seorang lelaki di Stesen LRT Sri Petaling. 


"PDRM menyarankan semua pihak tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyemarakkan sentimen perkauman dan keagamaan kerana ia mampu menggugat keharmonian kaum dan ketenteraman awam.
Foto
PEMILIK empat akaun FB dan seorang lelaki kelihatan di YouTube diburu polis.

"Tindakan tegas akan diambil antaranya mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan jika disabit kesalahan boleh di penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita pada sidang di Bukit Aman, tadi.



Beliau berkata, tohmahan sesetengah pihak polis mengamalkan penyiasatan terpilih adalah tidak benar. 


"Semua pihak harus faham dalam proses siasatan, keterangan dan bukti yang kukuh mesti diperoleh bagi membolehkan mana-mana individu didakwa," katanya.

 *****

Sekian..

Labuh..!!


‘Sukan bogel’ menjijikkan!

Salam Merdeka semua..
amat memalukan apabila Malaysia diperlakukan seperti ini,..ish..ish..ish
Dunia..dunia..
ini macam kumpulan pun ada..
baca petikan akhbar berikut :


Georgetown: Memualkan. Itu gambaran paling tepat buat sekumpulan individu terdiri daripada lelaki dan wanita yang tergamak berbogel sebelum merakamkan aksi mereka yang kononnya menyertai acara Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 di Teluk Bahang, di sini.
Rakaman terbabit dipercayai dilakukan Jun lalu dan menjadi perbualan hangat apabila ia dimuat naik ke laman sosial, semalam menerusi beberapa versi video berdurasi 12 minit, 5 minit 56 saat dan 1 minit 56 saat yang memaparkan aktiviti golongan yang menggelar diri mereka sebagai ‘Nudism’ itu. 
Dalam video berkenaan, ada kira-kira 18 individu membabitkan lelaki dan wanita yang berusia antara 30 dan 50-an dilihat berbogel sambil menjalankan aktiviti sukan di kawasan Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang. 


Pelbagai aktiviti dijalankan mereka dalam keadaan berbogel antaranya ‘Nude Body Painting’, ‘Crabs Walking’, ‘Swim Over Bodies’, ‘Running Relay’, ‘Camp Fire and Kettle Bell Competition’ dan ‘Durian Dancing’.
Foto
GELAGAT sekumpulan lelaki dan wanita yang menggelar diri mereka sebagai ‘Nudism’.
Dua selebriti Malaysia dirakam memecah masuk sebuah kilang kopi>>lihat>>


Pada peringkat awal, video tersebut menyiarkan individu terbabit melukis di badan masing-masing termasuk perkataan ‘Go Green’ dan ‘Go Nature’ yang menjadi antara slogan kempen kerajaan negeri Pulau Pinang.


Mereka yang tidak segan silu kelihatan teruja dan terhibur apabila melakukan pelbagai aktiviti bersama pasangan di tepi pantai. 


Difahamkan, program sukan bogel itu dianjurkan seorang wanita bernama Madam Chew Tok Hwa lingkungan 50-an dan dalam video berdurasi 12 minit, dia dilihat memberi ucapan kepada peserta ketika berada di Thailand, iaitu selepas program diadakan di Pulau Pinang. 

Sumber : myMetro

*************

ewah..ewah..bersenangan pula dorang buat benda tu..

diharap pihak berkuasa dapat membuat tindakan yang sewajarnya..Demi mempertahankan maruah Negara..Labuh..!

TRAGEDI MH17 : Gerakan mencari mangsa MH17 dihentikan sementara

AMSTERDAM: Gerakan mencari saki baki mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia MH17 di timur Ukraine sudah dihentikan buat sementara waktu disebabkan situasi yang begitu berbahaya untuk dilaksanakan.
Memetik laporan Associated Press, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dalam satu sidang medianya memuji tahap operasi yang dilakukan sehingga kini dan berjanji kepada keluarga mangsa bahawa operasi pencarian akan tetap diteruskan di masa hadapan.

Rutte menambah berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pakar perubatan Tentera Ukraine yang memantau perjalanan operasi dari hari ke hari sebaik sahaja nahas itu berlaku, berjaya "mengubah persepsi pasukan gerakan mencari terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan".

Dutch Prime Minister Mark Rutte speaks at a news conference. Credit: RTV


"Terdapat 800 sukarelawan yang melakukan tugasan mencari secara intensif di kawasan itu," katanya kepada pemberita.
SukarelawanTerdiri dari pelombong arang batu membantu usaha mencari di lokasi kemalangan berhampiran kampung Rozsypne di timur Ukraine


Pasukan Gerakan Mencari Antarabangsa nahas pesawat MH17 yang diketuai oleh Belanda yang tiba di kawasan kejadian selepas itu tidak menemui sebarang saki baki mayat mangsa di tempat kejadian.



Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai yang lalu membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal.


Sehingga kini, 228 mayat yang dibawa dengan keranda sudah dibawa pulang ke Belanda. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/07sumber : myMetroLabuh..!

VOLKSWAGEN New GOLF R "Terbaik dan Tercanggih BRO!!


Wah!!  Sebuah lagi kereta mewah keluaran German..

Mempersembahkan...

VOKLSWAGEN The New Golf R

"Blue The Track"











Apa-apa pun memang terbaik lah kereta ni ( mengikut pengguna yang dah guna, ada dorang cerita ) hehe..
laju wooo..


WOW!! ISI MINYAK DI SHELL BOLEH MENANG RM40,000.00 WEEKLY


Salam Merdeka Semua readers..

Betul ke ni? Isi minyak Shell boleh menang DUIT??

Wah..dah pokai lepas raya ni boleh try ni..hehe