blog cerita terkini yang fleksibel lagi menghiburkan,..
"SATUNAMA, BERBAGAI RUPA, BERBAGAI WARNA"
Thursday, 14 August 2014
KERANI BANK DITAHAN!
Assalammualaikum,. Merdeka! Merdeka! Merdeka!.. Ui..semangat nak sambut Hari Kebangsaan ni..hehe Entri hari ini, nak kongsi berita.. Jom baca : Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga pekerja sebuah bank ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 daripada empat akaun milik penumpang Penerbangan Malaysia MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek ditahan di satu lokasi di Ampang jam 4 petang semalam. “Suspek berusia 33 tahun ditahan jam 4 petang ini (semalam) di Ampang untuk membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 daripada empat akaun mangsa MH370. “Dia yang bertugas sebagai kerani bank berkenaan disyaki terbabit dalam meluluskan proses pembaharuan kad pengeluaran wang automatik (ATM) akaun milik salah seorang mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.Katanya, sebelum ini, wanita berkenaan diarahkan bercuti oleh pihak bank bagi membolehkan siasatan berhubung kehilangan wang itu dilakukan.
Sumber : myMetro.com
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15****kena bagi cuti bersebab pulak ye,..apa-apa pun perkara ni patut kita jadikan iktibar dan pengajaran supaya kita dapat bekerja dengan jujur serta amanah,.tanggung amanah setelah diberi kepercayaan, jangan mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain,.saya mengingatkan kepada diri saya sendiri dan anda semua semua perkara tersebut dapat kita elakkan demi melancarkan dan memajukan apa yang kita kerjakan dengan lebih sempurn.dalam erti kata lain "tidak menyusahkan orang lain"#PRAYFORMH370Salam..Labuhh!!..
No comments:
Post a Comment