"SATU NAMA, BERBAGAI RUPA, BERBAGAI WARNA"

Thursday, 7 August 2014

TRAGEDI MH17 : Gerakan mencari mangsa MH17 dihentikan sementara

AMSTERDAM: Gerakan mencari saki baki mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia MH17 di timur Ukraine sudah dihentikan buat sementara waktu disebabkan situasi yang begitu berbahaya untuk dilaksanakan.
Memetik laporan Associated Press, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dalam satu sidang medianya memuji tahap operasi yang dilakukan sehingga kini dan berjanji kepada keluarga mangsa bahawa operasi pencarian akan tetap diteruskan di masa hadapan.

Rutte menambah berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pakar perubatan Tentera Ukraine yang memantau perjalanan operasi dari hari ke hari sebaik sahaja nahas itu berlaku, berjaya "mengubah persepsi pasukan gerakan mencari terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan".

Dutch Prime Minister Mark Rutte speaks at a news conference. Credit: RTV


"Terdapat 800 sukarelawan yang melakukan tugasan mencari secara intensif di kawasan itu," katanya kepada pemberita.
SukarelawanTerdiri dari pelombong arang batu membantu usaha mencari di lokasi kemalangan berhampiran kampung Rozsypne di timur Ukraine


Pasukan Gerakan Mencari Antarabangsa nahas pesawat MH17 yang diketuai oleh Belanda yang tiba di kawasan kejadian selepas itu tidak menemui sebarang saki baki mayat mangsa di tempat kejadian.



Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai yang lalu membunuh kesemua 298 penumpang dan anak kapal.


Sehingga kini, 228 mayat yang dibawa dengan keranda sudah dibawa pulang ke Belanda. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/07sumber : myMetroLabuh..!

No comments: