Tragedi MH17 memang mengejutkan semua rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ini merupakan tragedi kedua dalam tahun 2014.
Sungguh memilukan hati apabila MH370 yang masih belum ada khabar berita hingga ke hari ini yang mana telah menimbulkan banyak persoalan seperti :
"Jika terhempas, dimana bingkainya?"
"Jika hilang, dimana hilangnya?"
"Jika dirampas? siapa pelakunya?"
banyak spekulasi timbul dan banyak pendapat yang kita baca dan dengar, walaubagaimanapun tetap tidak memberikan jawapan yang sebenarnya.
Belum selesai menahan kesedihan tentang MH370, kita dikejutkan lagi dengan Tragedi MH17 yang ditembak jatuh dan terhempas, yang mana telah meragut nyawa seramai 298 penumpang termasuk anak kapal (MAS Airlines).
Takziah buat keluarga mangsa (Al-Fatihah bagi yang beragama Islam).
Berikut saya ambil artikel dari myMetro.com berkenaan kotak hitam MH17:
Kiev (Ukraine): Data daripada kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine terdapat maklumat letupan berpunca daripada serangan roket yang mengakibatkan nahas pesawat penumpang itu, kata pegawai keselamatan Ukraine, semalam.
Jurucakap Majlis Keselamatan Ukraine, Andriy Lysenko berkata, penyiasat antarabangsa mendapati data perakam penerbangan menunjukkan punca bagi kemusnahan pesawat itu akibat daripada penyahmampatan letupan roket yang besar.
Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Russia yang mengawal lokasi nahas MH17.
Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaru dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka ‘sedang menunggu gambaran lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku’.
KOTAK hitam pesawat MH17. FOTO Reuters
Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. – AFP